
Sulit
3 tahun
Usia kandungan tidak sama dengan hasil scan
Saya berumur 36tahun. Ini kehamilan utk anak ke4. 1st day last piriod saya ialah 24/5/2021…Saya telah mmg buat upt 2 kali dh positif…saya msh menunggu date buka bku pink 23/8/2021. Selama itu sy mmg tidak ada ke klinik utk scan bby… pada 12/08/2021 saya mengalami bleeding dan terus ke klinik swasta dh doc scan usia kehamilan 6minggu t yang sepatutnya hampir 12minggu…tp hanya nmpk kantung. Jantung tidak nnpk…doc bg masa seminggu utk cek semula jantung dan diberi cuti sakit seminggu…selama seminggu drah keluar seperti ujung2 piriod setiap hari…hari ke6 harini ade jlua ketul tp kecik je .perut xde sakit yg luar biasa …apa sebenarnya yang trjadi ye…mcmne leh jadi usia kandungan tak sama dgn saiz kandungan?adakah darah yg kelaur drah piriod… sebenarnya nk kre sy hamil 12minggu atau 6 minggu…saya menunggu date utk datang semula ke klinik utk scan semula…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman puan, tahap hormon kehamilan yang meningkat secara progresif (berdasarkan UPT test puan dua kali positif) menandakan kemungkinan besar positif kehamilan.
Pemeriksaan ultrasound mempunyai tahap ketepatan tinggi iaitu dapat mengesan kehamilan seawal 6 minggu. Oleh itu, kombinasi pemeriksaan diperlukan untuk mendapatkan keputusan spesifik. Jika pemeriksaan ultrasound puan sering negatif tetapi UPT positif, anda mungkin mengalami kehamilan tidak menjadi ataupun kehamilan luar rahim (kandungan ektopik). Untuk diagnosis salah tarikh hamil, mungkin terlalu awal untuk mengesan kandungan sebab itu doktor menyuruh puan untuk mengadakan temu janji berulang kali bagi membolehkan kombinasi pemeriksaan sebelum keputusan dapat dicapai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penjelasan serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.