
Sulit
5 tahun
Uzur dan ikhtiar kehamilan?
Saya Wanita 30 tahun…
Saya sudah mendirikan rumahtangga 3 tahun…
Tpi masih tidak dikurniakan zuriat…
Period saya regular…
Cuma pada 13 Ogos …
Ad keluar brown blood sikit…
Saya sepatutnya dtg period pada 17 Ogos…
Mulanya ingat period… then tgk sekali lagi dah tak de…
So… harini 18 Ogos… saya try cek dengan cottonbad… ad darah pink2 sikit…
Adakah itu period ?
Bulan ni pelik sini… sebab ad tompokan darah coklat… then xde…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dilalui. Untuk pengetahuan anda, darah berwarna coklat yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Seaindainya puan mencurigai kehamilan, sebaiknya puan langsung melakukan pemeriksaan status kehamilan dengan menggunakan urine pregnancy test (UPT) kit yang mudah diperoleh. Sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.