Anonymous
6 tahun
Uzur tk datang Tpi tk Negetif
Sya seorg surima rumah ada anak 1,umur sy 23 thun…anak sy skrg baru 8 bln,sy ada ambil ubat perancang sebelum ni,dn period sy sebelum ni ok j,tkde masaalah…masuk bln 4 sy ada dtang haid 2 kali,sy ada pergi klinik ,lepstu klinik tu ada kasi ubat berhnti drah…leps sy mkn drah pn dh berhnti,skrg bln 5 dgn 6 uzur sy tkde datang…tpi 5 dgn 6 tu sy dh berhnti ubat perancang,sy tkot hamil…sy chek tpi negetif…blh sy thu sebb2 ape
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan haid anda berubah atau tidak teratur. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























