
Anonymous
6 tahun
Vagina berbau selepas hubungan seksual
Saya wanita 20 an. Saya sering kali melakukan hubungan seksual dengan suami saya. Kadang-kadang vagina saya akan mengeluarkan bau saat kami berhubungan. Bau tersebut menyebabkan kedua-dua kami akan perasan sesama sendiri saya rasa malu. Tapi bau ni jarang sekali. Kalau dalam 2 3 bulan. Mgkin 1 ke 2 atau 3 kali berbau. Kadang saya fikir mungkin perhubungan itu berlaku selepas haid dan menuju hari subur saya. Tapi saya mungkin memerlukan jawapan lebih pakar dari yang lebih arif. Saya juga jenis yang amat peka dengan sebarang cecair yang keluar dan akan menghidunya. Saya juga banyak membaca untuk mengetahui simptom yang saya alami. Silakan menjawab persoalan saya. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Anda haruslah mengenalpasti bau vagina anda yang normal untuk menentukan vagina berbau yang luar biasa. Setiap wanita mempunyai bau vagina yang berbeza. Anda mungkin mengalami jangkitan bakteria berdasarkan gejala yang anda nyatakan. Masalah ini boleh dirawati secukupnya dengan ubatan dan anda juga harus mengamalkan kebersihan faraj anda yang baik untuk menghilangkan bau ini.
Anda mungkin memerlukan bantuan untuk menghilangkan bau vagina yang berbau tidak normal. Cara-cara berikut boleh membantu anda secara semulajadi menghilangkan bau faraj yang luar biasa:
- Pengamalan kebersihan faraj yang baik
- Penggunaan produk “deodorizing” luar
- Pertukaran seluar dalam yang kerap
- Minyak pati
- Makanan bersumber bakteria baik
Sekiranya bau vagina anda tidak pulih walaupun telah mencuba cara-cara untuk menghilangkannya dan amat membimbangkan, anda haruslah mendapatkan rawatan daripada doktor anda atau boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.