
Sulit
4 tahun
Vagina berdarah secara tak normal
hi doktor… pada 28februari sy mengalami keguguran… pada 1/5 first period sy keluar… pada hari ke8 period sy perasan darah sy da berhenti… cuma ade sedikit tompokan wrna coklat shj… pada hari ke9 sy perasan selepas buang air kecil tiba2 ade ketulan darah jatuh… dan sy perasan ade keluar darah tp wrna darah seakan darah luka, bukan seperti darah period… dan banyak darah keluar seakan ada luka yg menyebabkan darah berterusan keluar… apa perlu sy buat? untuk hentikan darah tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami faham kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, setiap wanita akan mengalami masalah ini berbeza-beza. Terdapat wanita yang hanya mengalami pendarahan dalam beberapa hari dan ada yang akan mengalami pendarahan dalam beberapa minggu. Tetapi secara amnya, pendarahan selepas keguguran akan berhenti selepas 2 minggu.
Terdapat beberapa punca pendarahan anda boleh berlaku, seperti:
- pendarahan disebabkan oleh tisu yang masih berada dalam rahim
- pendarahan disebabkan oleh kitaran haid yang kembali
- gangguan hormon yang tidak stabil
- darah lama yang teroksida
Jika anda mengalami gejala-gejala ini anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera:
- pendarahan yang berlebihan
- kesukaran bernafas
- sakit pada rahim
- lendir berbau keluar daripada faraj
- demam
Akan tetapi ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, untuk mengetahui punca dan rawatan yang tepat kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.