
Sulit
4 tahun
Vagina berdenyut dan cecair putih tanpa kawalan
Saya wanita berusia 25 tahun , saya mengalami vagina berdenyut dan pengeluaran cecair putih tanpa kawalan sehingga seluar atau kain saya seperti basah di kawasan tertentu. Cecair mempunyai tekstur seperti air jernih . Saya juga mengalami kentut vagina yang tidak dapat dikawal.Juga Kadang-kadang saya mempunyai kegatalan pada vagina , dan keputihan saya berwarna hijau cair. Saya juga tidak selesa dengan bau yang keluar dari vagina saya. Ade Mase Seperi bau besi dan ade Mase Seperti bau masam dan tidak menyenangkan bagi saya untuk berurusan dengan customer dan ramai orang . Saya juga tidak berkahwin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan yang berbau. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Berkenaan dengan gejala lain yang anda hadapi seperti vagina berdenyut dan kegatalan, ianya boleh disebabkan oleh kemungkinan penyebab yang sama seperti di atas. Bagi mengenal pasti punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih