Anonymous
6 tahun
Vagina gatal dan sakit yang berlarutan / luka pada zakar selepas bersama
Saya wanita berusia 19 . Sudah berkahwin hampir 2 tahun . saya mempunyai masalah kegatalan dan sakit pada area vagina . terutamanya selepas bersama suami . vagina saya akan terasa terlalu pedih dan sakit . kegatalan ini sudah berlarutan panjang . saya sudah berjumpa doktor dan mendapatkan ubat tetapi kegatalan berulang lagi . baru baru ini saya bersama suami saya . dia mengatakan zakarnya seperti terbakar dan terdapat luka pada celah kepala zakarnya . kami ingin tahu punca punca masalah ini dan apakah jalan penyelesaian untuk masalah ini . terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan,gejala yang anda dan suami anda hadapi mungkin berpunca:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat kandidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ektropion - luka pada serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































