
Sulit
4 tahun
Vagina keluar spotting warna coklat
Saya hamil 4minggu 3 hari ada tompokkan darah coklat adakah ianya normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, spotting di awal usia kehamilan boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi/normal pangkal rahim akibat pembesaran kandungan
- Persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Sementara itu, andainya perdarahan yang terjadi adalah banyak (bukan spotting ). Kemungkinan terjadi kejadian berikut:
- Jangkitan kuman
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih