
pyannaruto
5 tahun
Vagina kering, luka mcm melepuh, pedih n gatal
Kulit luaran vagina kering mengelupas, pedih seperti luka dan keluar cecair kekuningan. Sy berumur 37 tahun. Sudah beberapa bulan, semasa period kulit vagina kering sgt. Tp dah 2 bulan drag sehingga habis period. Malah, di tepi lubang vagina kulit umpama menipis. Kering dan mudah terluka, pedih kadang rasa gatal. Dan mula mengeluarkan cecair kekuningan yg berbau. Sy ada panic disorder. Hal ini membuatkan sy anxious selalu dan takut berlebihan. Sangat2 tak selesa sbb susah nk solat dgn yakin. Dan keadaan pedih+gatal mengganggu sungguh. Ada yg suggest minum VCO. Ape yg perlu sy lakukan… .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah vagina gatal dan kering boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengelakkan lagi rasa kurang selesa pada vagina anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.