
Sulit
4 tahun
Vagina saya keluar keputihan bersama darah
Hai. Saya wanita berumur 25 tahun dan baru berkahwin. Saya sedar ada keluar darah yang bukan darah period dari vagina saya pada pagi semalam. Darah tu cair je. Lepastu dia keluar bersama lendir. Benda ni kadang2 je dia keluar dalam masa 2 hari ini. Tapi saya sepatutnya belum period. Period bulan lepas pada 19hb. Saya juga rasa mual dan nak muntah. Rasa sakit macam nak period dan cramp pada ari2 sebelah kiri. Adakah saya nak period? Tapi rasa macam terlalu awal?tadi saya kencing dan perasan ada lendir macam putih telur tapi ada sikit darah dalam lendir tu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keputihan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kuman atau STI ( sexual transmitted infections ) pada faraj wanita
- Jangkitan kulat
- Jangkitan HPV
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan keputihan tebal, dan menyebabkan mudah untuk mendapat jangkitan kulat
- Keradangan pada vagina, serviks atau rahim
- Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk makluman anda, Selalunya, keputihan ini adalah perkara yang normal terjadi pada wanita ketika kedatangan haid. Namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Keputihan ini boleh diklasifikasi kepada dua, iaitu keputihan fisiologi dan juga keputihan patologik.
Keputihan fisiologi bermaksud ia adalah keputihan yang normal. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.
Sekiranya masalah keputihan anda berlanjutan, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.