
Sulit
5 tahun
Vaginal candidasis keputihan berlanjutan
Saya seorang pelajar wanita berusia 23 tahun. Saya ingin membeli ubat pessary untuk masalah keputihan kerana saya sudah berjumpa dengan 3 doktor berbeza tentang masalah ini dan mereka hanya memberikan saya ubat anti-fungal secara oral atas alasan saya belum berkahwin. Tetapi masalah keputihan saya tetap berlanjutan dan saya ingin membeli ubat pessary untuk mengatasi masalah keputihan saya ini. Saya tidak tahu dos apa yang boleh saya dapatkan kerana terdapat dos 500mg, 200mg dan juga 100mg. Boleh berikan saya pendapat tentang ini? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tentang dos yang bersesuaian dengan anda kerana perkara ini bergantung dengan faktor kesihatan anda.
Namun begitu ubat ini biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Tambahan pula, terdapat langkah-langkah yang perlu dipatuhi bagi selepas pemasangan alat ini bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.