
Sulit
5 tahun
Vaginal discharge slps haid
Hello. Saya berumur 24 tahun. Selepas saya habis haid saya, saya mendapati ada lendiran yang lain drpd keputihan yang saya alami sebelum ni. Warna nya kekuningan seperti warna kahak. Saya risau terkalau kena infection dan memerlukan rawatan jika dapatinya serius. Saya berhenti menggunakan sbrg feminine wash & hanya cuci dgn air suam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
UuSalam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan
yang keluar dari faraj selepas haid boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Darah lama
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.