
Sulit
5 tahun
Vaginismus dan sedang mengandung
Sy sedang mengandung 35 minggu dan merupakan pesakit vaginismus. Sehingga kini, tiada penetrasi bersama suami diadakan, dan kandungan adalah hasil self insemination. Apakah cara terbaik untuk saya melahirkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cara melahirkan bergantung bukan sahaja kepada anda, malah kepada status kesihatan anda semasa mengandung. Terdapat beberapa penyakit di mana Caesarean section lebih digalakkan untuk kaedah melahirkan anak. Bagi masalah vaginismus, carian akademik menunjukkan bahawa terdapat kaporan bahawa melahirkan dalam cara normal boleh membantu menyembuhkan vaginismus mereka. Namun, terdapat juga segelintir ibu yang menyatakan bahawa simptom vaginismus mereka semakin parah selepas melahirkan secara normal.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.