
Sulit
3 tahun
Vaksin Mempengaruhi Keputusan HIV Rapid test?
Hi Doktor! Saya nak buat pertanyaan… Saya telah membuat HIV self test menggunakan test kit yang telah dibeli sendiri. Keputusan yang diterima adalah positive. Sememangnya ini mengusarkan hati saya. Saya ada baca artikel mengenai fasle positive dan sebab sebabnya. Kebetulan saya baru sahaja mengambil vaksin. Adakah pengambilan vaksin akan mempengaruhi keputusan hiv berikut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami berkaitan masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengambil ujian Rapid HIV yang menunjukkan positif dan ingin mengetahui jika vaksin boleh mempengaruhi keputusan tersebut.
Untuk makluman anda, ujian Rapid HIV mempunyai ketepatan yang amat tinggi. Oleh itu, kemungkinan untuk ujian tersebut menunjukkan ‘false-positive’ adalah rendah. Tiada kajian pada waktu ini untuk menunjukkan hubungan antara vaksin dengan kadar ‘false-positive’ HIV.
Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor mengenai hasil siasatan anda untuk nasihat yang lanjut. Doktor mungkin akan menjalankan ujian tambahan untuk mengesahkan jangkitan HIV anda.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan nasihat mengenai HIV dengan Pakar di sini.