
Sulit
3 tahun
Vaksin Sinovac Dan baby berusia 5 bulan
Jika mendapat Vaksin Sinovac Dan mempunyai baby berusia 5 bulan Dan Masih menyusu badan bolehkah diteruskan menyusu?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana meghubungi kami
Anda ingin mengetahui berkenaan penyusuan bayi sekiranya anda mendapat vaksin Sinovac. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Menurut KKM dan JKJAV, vaksin Sinovac tidak sesuai untuk diberikan kepada wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak bayi.
Berdasarakan maklumat dan data yang terkini, wanita hamil atau ibu yang menyusukan anak hanya disarankan untuk mengambil vaksin COVID-19 keluaran Pfizer.
Oleh itu, anda perlu melapor ke pusat pemberian vaksin berkenaan dengan kondisi anda yang masih menyusukan anak bayi yang berusia 5 bulan untuk mencegah kesan sampingan atau risiko yang serius. Anda juga boleh mendapatkan informasi lanjut pada doktor di klinik atau hospital yang berdekatan.
Anda juga disarankan untuk menghubungi doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini