
Sulit
3 tahun
Vaksin untuk penghidap skoliosis
Saya wanita 20an penghidap skoliosis 44 darjah, boleh ke tidak saya suntik vaksin… Selepas suntikan vaksin tersebut ada pape effect tak kepada tulang belakang saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh menerima suntikan vaksin Covid, ia tidak akan menyebabkan apa-apa kesan pada tulang belakang anda. Vaksin berfungsi untuk membantu badan manusia meningkankan immuniti serta menghasilkan antibodi untuk perangkan virus covid sahaja.
Kesan sampingan umum bagi vaksin covid adalah:
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
- Demam
- Batuk dan berkahak
- Sakit tekak
- Sakit otot atau sendi
- Kelesuan
- Sakit kepala
- loya dan muntah
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini