
Sulit
3 tahun
Varicocele atau epididymistis
Baru2 ini saya membuat pemeriksaan kendiri terhadap testis saya dan saya merasakan structure pelik di belakang testis kiri saya. Saya anggap ia mungkin varicocele atau epididymistis? Jika varicicele? Berapakah kos rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan terangan anda, anda terasa struktur pelik pada kemaluan dan anggap ia munggkin varicocele atau epididymistis. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, varicocele ada 4 tahap, mana ia mungkin bergejala atau tidak dan rancangan rawatan akan berbeza mengikuti tahap yang dialami. Selain itu, gejala anda juga boleh disebabkan punca lain, contohnya:
- Hidrokoel
- Spermatokel
- Sista epididimis
- Penyakit angin pasang
Gejala yang serupa sekali ini amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian. Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut.
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kami.