
Anonymous
6 tahun
VDRL negatif, Tpha positif, adakah boleh dapat HIV?
Vdrl saya dah negative tapi Tpha saya postive adalah boleh datang HIV ? , boleh ke kahwin semasa Tpha positive dan pasangan dapat tau ke nanti semasa nak buat seringan hiv semasa nikah tu ? Bolehkan saya ambil ubatan gym seperti bioscience untuk gain muscle dan amik injection whitening ? Adakah akan ada effect pada tpha saya ?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
VDRL merupakan sejenis ujian saringan bagi mengesan jangkitan sifilis. VDRL merupakan ujian yang lebih cepat berbanding dengan TPHA tetapi ketepatannya adalah lebih rendah. TPHA merupakan ujian yang mengesahkan bahawa seseorang itu menghidap jangkitan sifilis. Secara amnya, orang yang mendapat keputusan negatif untuk VDRL tidak perlu menjalankan ujian TPHA tetapi untuk pesakit yang berisiko tinggi seperti pesakit yang menghidap jangkitan kelamin lain atau pesakit yang menjalankan hubungan seks bebas akan disarankan untuk menjalankan ujian TPHA walaupun keputusan VDRL mereka adalah negatif.
Anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan untuk sifilis dengan segera sebelum jangkitan sifilis menjadi lebih tenat. Sifilis biasanya boleh dirawat dengan ekeftif menggunakan ubatan antibiotik. Anda digalakkan untuk berkahwin selepas anda sembuh sepenuhnya dari jangkitan sifilis untuk mengelakkan perebakan kuman spirochete kepada pasangan anda.
Anda digalakkan untuk berkomunikasi dengan pasangan anda mengenai jangkitan ini. Ubatan alternatif seperti Bioscience dan Injection Whitening berisiko tinggi untuk mengganggu keputusan TPHA anda. Namun demikian, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum anda mencuba sebarang rawatan alternatif.

6 tahun
Hai. Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan soalan-soalan ini.
Ujian VDRL dan TPHA adalah dua ujian yang kebiasannya dilakukan untuk mengesan jangkitan sifilis kepada seseorang individu. Penghidap HIV boleh dijangkiti sifilis kerana daya tahan tubuh yang rendah. Walaupun begitu, apa-apa keputusan ujian untuk sifilis tidak memberi sebarang tanda atau dapat meramal sekiranya seseorang itu boleh dijangkiti dengan HIV.
Sekiranya anda merasakan bahawa anda terdedah kepada jangkitan HIV, maka anda perlu segera ke klinik yang menawarkan ‘HIV rapid test’.
Bagi jangkitan sifilis yang anda alami sebelumnya, keputusan ujain yang negatif bagi VDRL dan positif bagi TPHA membawa maksud bahawa jangkitan anda sudah dirawat. TPHA akan kekal positif untuk jangka masa yang panjang, walaupun anda telah bebas daripada kuman sifilis tersebut.
Dengan itu, tiada halangan untuk anda berkahwin asalkan anda telah mengambil rawatan dan tiada lagi tanda-tanda anda masih dijangkiti. Sebarang keputusan ujian kesihatan adalah sulit namun bagi pasangan yang ingin berkahwin atau aktif melakukan hubungan kelamin, jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV dan sifilis yang masih aktif ini perlu dimaklumkan kepada pasangan.