
Sulit
3 tahun
-ve upt scan nampak kantung tapi tk nampak baby adakah normal
Baru baru ni saya cek upt opk dya kali dan result +ve tapi kabur sangat . Then saya pergi scan usia baru 4 weeks dan dr kata ada nampak kantung tapi babay tk nampak . Esoknya saya tk puas hati saya cek uot clear blue pada belah petang dan saya baru lepas urine masa tu tp result tulis not pregnant . Esoknya lagi saya cek upt yg biasa dgn air kencing pertama waktu subug result satu lain . Persoalan saya adakah harapan untuk saya hamil ? Sebab scan dr cakap dah nampak kantung cek upt -ve ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kegelisahan puan berkenaan dengan hasil ujian kehamilan yang telah didapatkan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT berfungsi dengan mengesan hormon kehamilan iaitu HCG yang mengalir pada tubuh anda, dan hormon HCG ini hanya akan dirembeskan dalam kuantiti yang banyak jika terdapat persenyewaan dalam rahim yang berjaya dan berkembang dengan baik.
Namun begitu, ujian UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Lazimnya ujian ultrasound merupakan ujian yang terbaik untuk menilai kehamilan dan perkembangan janin pada seorang wanita.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk ke hospital atau doktor pakar sakit puan untuk mendapat kepastian lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.