Sulit
3 tahun
Verapamil dan Fenofibrate dengan ubat himalaya abana
Bolehkah pengambilan ubat calcium chennel blocker (Verapamil /isoptin) dan lipanthyl (febofibrate) diambil bersama Himalaya Abana? Dari info online Himalya Abana berkesan untuk merawat hypertension.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Himalaya Abana adalah makanan tambahan dan bukannya ubat. Maka, tidak ada kajian mendalam mengenai tindak balas makanan tersebut dengan ubatan lain. Oleh itu, sukar untuk saya menjawab soalan anda.
Akan tetapi, ianya mungkin selamat diambil dan pastikan anda tidak meninggalkan ubat yang diberikan oleh doktor. Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.