
Sulit
4 tahun
Vericocele iaitu urat di buah zakar kiri kelihatan jelas seperti cacing
di bahagian kulit buah zakar saya sebelah kiri, terlihat seperti urat2 macam bengkak dan mudah dilihat dengan mata kasar.
apakah puncanya?
apakah rawatan?
adakah ubat yang saya boleh beli di mana mana farmasi atau hospital?
apakah kesan jika penyakit ini dan urat ini semakin membesar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyumbang kepada varikosele:
- Kelemahan atau masalah injap dalam pembuluh darah yang menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan sempurna
- Kanser buah pinggang
Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya siasatan dan rawatan lanjut dapat diberikan kepada anda.
Kebiasaannya varikosele tidak memerlukan apa-apa rawatan melainkan ia mengakibatkan kesakitan dan mengganggu kesuburan anda. Cara untuk mengubat varikosele adalah melalui pembedahan sahaja.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cerah mengenai keadaan anda, terima kasih.