Sulit
3 tahun
Vericose vein berbahaya atau tidak untuk remaja
Mungkinkah remaja berumur 16tahun menghidap vericose vein?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk makluman anda, varicose vein adalah merupakan keadaan apabila injap saluran darah vena rosak sehingga saluran darah kelihatan melebar dan membiru. Ia biasanya terjadi pada wanita hamil dan akibat obesiti. Tahap keseriusan varicose veins adalah tergantung kepada penyebab kejadian dan sifat pembuluh darah.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.