
Sulit
4 tahun
Vitaman A ade kesan tak bila makan Pil perancang saya berumur 29 thn
Hi saya nak tanya, saya ada ambil pil perancang yasmin, tpi saya ada baca kalau kita mkan vit A dan zink akan mengurangkan keberkesanan ubat tu, sofar saya dh makan vit A selama 8 hri… Harini saya btu nak stop makan vit A tu,mybe lagi 2 hari husband saya balik dan kmi nak bersama…ada risiko pregnant tak kalau saya bersama,saya baru hbis period harini…kalau ada bila saya boleh bersama semula dengan husband saya… Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan ini adalah jawapan am mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, terdapat tiada bukti atau tetapan yang mengatakan Vitamin A boleh mengurangkan keberkesanaan pil perancang Yasmin. Berikut merupakan ubat-ubatan yang boleh mengganggu keberkesanan pil perancang Yasmin:
- Rifampin
- Clarithromycin (antibiotik)
- Carbamazepine (ubat serangan epilepsi)
- Amprenavir atau ubat anti-virus yang lain
- Fosphenytoin
Memandangkan vitamin A tidak akan mengganggu dengan keberkesanan pil perancang tersebut, risiko anda untuk menjadi hamil adalah masih rendah sekiranya anda teruskan mengambil pil perancang tersebut berterusan mengikut dos yang ditetapkan. Namun, kami juga sarankan anda untuk menggunakan kaedah perancangan lain seperti kondom dan pull-out method.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.