
aminchicanos8
4 tahun
Vitamin berroca sesuai tak di ambil untuk pesakit kencing manis
Sy ada kencing manis…boleh ke sy ambil vitamin berroca utk supplement sy…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan pertanyaan anda, berkenaan dengan supplemen berocca yang dipermanis dengan aspartam, acesulfame-K dan manitol. Setakat ini, data menunjukkan ianya sesuai untuk pesakit diabetes. Walau bagaimanapun, vitamin C boleh mempengaruhi kadar glukosa dalam air kencing, walaupun tidak mempengaruhi tahap gula darah. Oleh itu, tidak boleh diambil beberapa hari sebelum ujian sedemikian dilakukan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih