
Sulit
4 tahun
Vitamin C 1000mg daily
Hi Dr. Saya kontak rapat tanpa gejala covid, walaupun result negative. Namun, jangkitan covid sangat merunsingkan saya. Saya dinasihatkan untuk mengambil vitamin c untuk menguatkan antibodi. Saya telah membeli vitamin c bio-life 1000mg. Dan saya sedar pengambilan vitamin c dos yg tinggi setiap hari akan memberikan kesan kepada ginjal. Saya memerlukan tips waktu bila dan berapa kali dalam seminggu yang boleh saya ikuti untuk mengambil vitamin c 1000mg ini? Saya ada terfikir untuk pecahkan pil kepada 2 dan mengambil nya setengah2 setiap 2hari.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, dos maksimum vitamin C bagi dewasa adalah 2000 mg sehari. Namun jika mengambil terlalu banyak tidak akan memberi kesan yang memudaratkan. Tetapi jika mengambil lebih daripada 1000 mg sehari, ia tidak akan diserap masuk ke dalam tubuh badan dan boleh mendatangkan kesan sampingan seperti cirit birit dan sakit perut. Dos yang disarankan adalah 65 - 90 mg sehari.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk pengetahuan anda, pengambilan yang terlalu banyak melalui supplemen boleh menyebabkan masalah batu karang. Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.