
Sulit
5 tahun
Vitamin Naikkan Berat Badan
Saya mengalami kekurangan berat badan dan mempunyai metabolisme yang tinggi… dan saya masih fully bf anak yang berumur 1 tahun 7bln… soalan saya ape jenis vitamin yang sesuai untuk saya ambil bagi menaikkan berat badan saya… boleh doktor bagi contoh vitamin untuk saya cari di farmasi?? berat badan saya sekarang cuma 38kg dan tinggi 155cm…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa punca kepada kekurangan berat badan seperti:
- Faktor genetik - keluarga yang mempunyai genetik untuk kurus
- Penyakit kronik seperti hiper-tiroid, kencing manis
- Masalah penghadaman seperti penyakit Coeliac
- Masalah diet tidak seimbang - seperti kurang karbohidrat seperti nasi
Bagi mengatasi masalah ini, beberapa kaedah boleh diambil puan seperti pemakanan seimbang dan elakkan makanan segera, mengenalpasti jika terdapat penyakit-penyakit seperti diatas dan merawatnya dan suplemen. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.