
Sulit
4 tahun
Vitbion forte tablet
Saya nk bertanya,boleh ke wanita hamil ambil vitbion forte tablet ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Makanan tambahan Vitbion atau Neurobion Forte digunakan untuk mencegah dan merawat kekurangan vitamin B didalam badan. Penggunaannya boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan sistem saraf dan menguatkan sistem ketahanan badan. Neurobion adalah suplemen pemakanan dan boleh diambil setiap hari. Sila patuhi arahan dan panduan yang dijelaskan pada kotak suplemen tersebut mengenai cara pengambilan dan kadar dos yang dibenarkan. Elakkan pengambilan suplemen secara berlebihan. Pihak kami menasihatkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen ini.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih