amaniazman97
5 tahun
Wajarkah saya menjalankan ujian saringan Covid-19?
Saya wanita berumur 23 tahun. Mengalami sakit badan terutamanya di bahagian belakang, leher dan kadangkala di bahagian pinggang, juga mengalami batuk tetapi pada tahap yang minima. Dua minggu yang lalu juga mengalami sakit tekak dan pening dalam kadar yang minima, tetapi tidak berlarutan. Suhu badan saya dalam lingkungan 36.5-36.8 celcius. Tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara berisiko tinggi, tetapi berkemungkinan tinggi telah terdedah dengan individu dari negara berisikio seperti Jepun dan China. Soalan saya yang pertama adalah, adakah ujian pengesanan Covid-19 hanya boleh dilakukan jika saya mempunyai semua simptom (demam, batuk, selesema dan diarea) atau salah satu dari semua simptom tersebut? Saya sudah mejalankan ujian penilaian risiko secara atas talian yang telah disediakan, dan risiko berada di tahap minima. Apa pendapat doktor? Wajarkah saya menjalankan ujian saringan atau adakah saya cuma terdedah kepada cuaca panas dan mengalami gejala batuk biasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk pengetahuan anda, sakit belakang, pinggang dan leher boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Masalah otot
- Masalah batu karang
- Senggugut
- Masalah postur badan
Semasa musim wabak dan pandemik COVID-19 ini, ramai yang risau jika memiliki gejala yang sama seperti pesakit yang mengalami penyakit berkenaan. Namun, simptom yang sama masih belum memadai untuk anda menjalani ujian saringan. Jika anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif atau baru pulang dari negara yang terjejas teruk, serta simptom dan gejala masih tidak pulih, adalah disarankan untuk anda membuat pemeriksaan.
Jika tiada kontak rapat atau anda tidak pulang dari negara yang disebutkan tidak menjadikan anda seorang yang berisiko tinggi untuk dijangkiti lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan seperti:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































