
Sulit
4 tahun
Waktu pengambilan pil perancang kali pertama
saya nak tanya waktu bila yang sesuai makan pil perancang untuk kali pertama?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika anda mengambil pil perancang yang perlu dimakan setiap hari, anda disarankan untuk makan pada waktu yang sama setiap hari. Anda boleh makan pil pada bila-bila masa namun makan sebelum sarapan pagi ataupun sebelum tidur boleh memudahkan anda untuk ingat.
Namun begitu ini hanyalah keterangan am, saya sarankan anda untuk mendapatkan nasihat daripada doktor anda kerana beberapa maklumat tentang kesihatan anda perlu diperolehi sebelum saya boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.