janifah99
6 tahun
Waktu sesuai uji kehamilan
Hi…Saya wanita 20an nak tanya bila
waktu yang paling sesuai uji kehamilan
bagi haid yang teratur…haid bulan julai
6hb hingga 11hb kemudian 19hb
bulan julai juga sy haid semula
sehingga 24hb julai…seterusnya,sehingga
hari ni 7 september saya tak datang
haid…dah cek hari ni tpi negatif saya
tak tahu bila masa yang sesuai nak
cek kehamilan…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, waktu yang sesuai untuk menguji status kehamilan boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu selepas melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan. Ujian kehamilan perlu dilakukan pada masa dan dengan teknik yang betul agar keputusan yang tepat boleh didapati. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian mengenai kit ujian kehamilan. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























