
dygnizam90
6 tahun
Waktu subuh suhu panas
Saya wanita umur 29 tahu.n…anak saya hanya demam saja…sudah pergi hospital dan periksa darah .semua ok cuma hb anak 10…dan ada jangkitan kuman…doktor ada bagi ubat antibiotik dan ubat demam…demam anak ada ok tapi waktu subuh suhu panas sedikit… Kenapa itu ?? Ada kah saya patuh pergo.hospital balik

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kebiasaannya, demam adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Beberapa soalan yang lebih lanjut perlu diketahui mengenali demam anak anda- sudah berapa hari, sukatan suhu pada waktu subuh dan senja dan profil penuh ujian darah anak anda dan juga umur anak. Sekiranya anak anda tidak aktif dan sentiasa tidur, berjumpalah dengan doktor sekali lagi untuk mendapat rawatan selanjutnya.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.