Sulit
5 tahun
Waktu subur & mengandung
Saya arasi umur 36 tahun, saya Ada anak berumur 11 tahun , saya nak plan utk anak kedua tapi ssh nak dapat, period saya semua okay teratur…saya nak feedback Dari Doctorr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, waktu kemuncak kesuburan wanita adalah pada 2 minggu selepas tarikh kedatangan haid lepas, ataupun 2 minggu sebelum tarikh haid yang seterusnya dalam satu kitaran haid. Oleh itu, jika anda ingin merancang untuk mengadakan kehamilan, kami sarankan anda dan suami anda untuk bersama pada waktu tersebut, dalam jangka 2-5 hari pertengahan bulan kitaran haid tersebut.
Kesusahan untuk anda mendapatkan zuriat mungkin boleh disebabkan oleh kegagalan anda untuk mengenalpasti waktu subur anda. Jika anda masih mempunyai masalah mengira waktu kesuburan secara manual, anda boleh menggunakan Ovulation Predictor Kits (OPK), iaitu sejenis alat yang boleh mengesan waktu ovulasi dan ia boleh diperolehi dari farmasi yang berhampiran.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika waktu subur bukan menjadi punca, kemungkinan kesukaran untuk mendapatkan zuriat anda boleh berpunca daripada masalah kesihatan seksual suami anda seperti masalah bilangan sperma yang rendah ataupun masalah sperma yang lain-lain. Oleh itu, kami sarankan anda dan suami anda untuk berjumpa dengan pakar kesihatan seksual bagi mendapatkan nasihat dan pendapat terlebih lanjut mengenai masalah zuriat yang anda alami.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah



































