
Sulit
5 tahun
Waktu terbaik utk mengambil postinor 2
Sy baru berkahwin dan tidak bercadang untuk memperoleh zuriat dalam masa terdekat. Tempoh hari sy ada bersama dengam suami pada waktu pagi, kemudian dalam tempoh 4 - 5 jam selpas bersama, sy mengambil pil postinor. Soalan sy, adakah kesannya sama jika sy ambil postinor 4 -5 jam selepas bersama dengan sy mengambil postinor sejurus selepas bersama?
Apakah waktu terbaik utk mengambil postinor 2 pil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tiada sebarang masalah jika anda mengambil pil tersebut 4 atau 5 jam selepas bersama. Hal ini kerana, pil tersebut akan berfungsi dengan berkesan dalam masa 72 jam selepas bersama. Namun, jika dibandingkan dengan sejurus selepas bersama, ia lebih berkesan kerana anda disarankan mengambil pil tersebut secepat mungkin.
Untuk makluman anda, pil kedua pula harus diambil 12 jam selepas pil pertama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.