
Sulit
3 tahun
Waktu yang baik bersama apabila OPK positif
Saya wanita berusia 26 tahun. Saya ingin bertanya tentang waktu yang baik untuk bersama selepas OPK menunjukkan result positif? adakah kami patut bersama dalam masa 24 jam OPK positif atau selepas 24jam OPK positive?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Berdasarkan soalan anda mengenai ujian OPK ( Ovulation Predictor Kits ) atau dikenali sebagai ovulation test adalah ujian untuk mengenal pasti masa subur anda . OPK berfungsi untuk mengenalpasti peningkatan (lonjakan) hormon luteinising (LH). Ini berlaku sehari hingga dua hari sebelum ovulasi.
Sekiranya keputusan OPK adalah positif, maka anda digalakkan untuk bersama pasangan pada hari yang sama dan beberapa hari selepasnya.
Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor