Sulit
20 bulan
Waktu yg sesuai makan ubat cacing
Saya wanita berumur 28 tahun dengan berat 148cm dan 84kg. Saya mendapati warna najis saya sangat gelap. Doktor, bilakah masa yang sesuai untuk makan ubat cacing? Adakah saya perlu berjumpa doktor terlebih dahulu kerana saya rasa dalam perut saya ada cacing.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan anda, pengambilan ubat ini tidak boleh diambil sewenangnya dan memerlukan nasihat dan preskripsi doktor. Saya sarankan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor.
Secara amnya, antara penyebab berlakunya warna najis gelap kerana :
- pengambilan ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- pendarahan dalam usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ketumbuhan polip di dalam usus
- Radang usus
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.