
fatinnfantastic
5 tahun
Wanita hamil sakit kepala
Saya wanita hamil. Dan ini merupakan anak pertama. Saya nak bertanya, adakah ibu hamil akan kerap sakit kepala belah kanan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit kepala adalah gejala yang biasa terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya golongan wanita. Ketika hamil, wanita lebih mudah letih dan stress maka lebih mudah untuk mengalami sakit kepala.
Sila dapatkan rehat yang cukup dan pastikan anda mengambil makanan yang seimbang. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.