
Sulit
4 tahun
Warna merah pada udang dan ketam menghapus vitamin C?
Saya mengamalkan vitamin C dan antara pantang larang yg diberitahu oleh seller adalah elakkan pengambilan udang dan ketam kerana warna merah yg terdapat pada badannya akan menghapuskan vitamin C yg diambil. Adakah benar itu doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, fakta yang diberikan oleh penjual iaitu warna merah yang terdapat pada udang dan ketam akan hapuskan Vitamin C adalah TIDAK BENAR!
Vitamin C dalam badan hanya akan berkurangan jika jarang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Anda diminta menjauhi penjual yang memberikan fakta yang tidak berasas itu. Udang dan Ketam adalah makanan laut yang boleh memberikan sumber Iodine dan Protein.
Anda dinasihati untuk mengamalkan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.