Anonymous
4 tahun
Warna perang yang sedikit
Saya wanita 18 tahun…saya telah mengambil postinor2…dan darah haid saya sedikit tapi saya berdarah selama 7 hari…dan tiba” hari ini saya mengalami warna perang yang sedikit…adakah ia normal?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, pil postinor adalah pil perancang kecemasan yang perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Sekiranya anda melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan selepas itu, pil itu tidak lagi berkesan selepas tempoh tersebut.
Bagi menjawab soalan haid anda yang tidak normal setelah mengambil pil tersebut, ia adalah bergantung kepada kitaran haid normal dan waktu normal kedatangan haid anda.
Oleh itu, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui sekiranya anda mengalami sebarang masalah haid. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian tentang sebarang kerunsingan atau persoalan. Terima kasih.