
Sulit
4 tahun
Warts ketuat di kelamin
Bahaya ke ketuat di kelamin,ianya seperti bintik tahi lalat kecil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketuat di kelamin. Untuk makluman anda, ketuat mungkin hilang secara spontan. Namun, sekiranya jangkitan disyaki, buatlah pemeriksaan doktor. Ketuat kelamin kebiasaanya disebabkan oleh virus yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV).
Berdasarkan pertanyaan anda, ketuat kelamin yang tidak dirawat boleh mendatangkan bahaya kerana menyebabkan ia tumbuh lebih besar dan banyak lagi. Oleh itu, saya menasihati anda untuk pergi berjumpa dengan doktor bagi mendapat pemeriksaan fizikal supaya rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah