
Sulit
5 tahun
Watery discharge dari rahim
Saya wanita berusia 30 tahun… minggu lepas saya keguguran(10 minggu)
Selepas keguguran,saya alami sakit perut yang teruk,darah keluar berketul ketul dan watery discharge… adakah normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selepas keguguran, badan anda memerlukan masa untuk menurunkan hormon kehamilan ke tahap yang normal. Lagi-lagi pun, dinding rahim ini akan mengeluarkan lapisan yang dikumpulkan. Ini merupakan fenomena fisiologi yang normal untuk badan wanita selepas keguguran.
Namun, jika pendarahan ini tidak terhenti-henti dan bertambah banyak. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di hospital untuk mengenal pasti masalah dengan lebih tepat. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.