
Sulit
4 tahun
Waxing bulu ketiak guna veet
Saya tadi wax ketiak guna Veet tu & sekarang ni saya rasa sakit yang amat dan rasa pedih bila kena air atau kena kulit ke kulit. Saya perasan ketiak saya sedikit bengkak dan kemerahan. Apa perlu saya buat. Setakat ni saya letak ais batu di ketiak saya dan tahan pedih sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketiak melecet dan kering, bengkak dan kemerahan. Berdasarkan penerangan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seprti:
- penggunaan bahan kimia seperti deodoran, bahan anti-peluh dan sabun
- kerengsaan (iritasi) selepas bercukur atau penggunaan “wax” atau krim yang tidak sesuai dengan kulit bagi tujuan mencabut bulu roma di ketiak.
- gesekan berulang pada pakaian/ bag atau sebagainya
- jangkitan bakteria
- jangkitan kulat
Untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Buat masa sekarang, anda disarankan untuk:
- hindari menggaruk atau memicit kulit yang melecet
- jaga kebersihan di sekitar kawasan kulit ketiak
- hindari mencukur bulu ketiak ataupun penggunaan deodoran (semasa masih melecet)
- pilih pakaian berbahan kapas yang tidak ketat
Namun, jika masalah ini masih berlarutan, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan susulan lebih-lebih lagi terdapat risiko jangkitan kuman.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.