
Sulit
4 tahun
Weekly pregnant,ada kah btl2 pregnat atau hormon
Salam admin…pleass hide fb saya ye…saya nak tanya,mf ye kalau ayat saya berterabur,saya dh x lme x dtg priod,sbb mmg x tratur lps melahirkan ank no 2,sekarang ank no 2 saya 1thn 4 bln…nak dijadikan cerita saya ada mkn ubat hormon tuk dtg haid,tp dah hbis sepapan x dtg jgk,lps tu pergi kedai eco ternampak test prgnat,saya pun beli,test pg naik 2 line…lepas tu pergi cek klinik scan x ada kantung pun,doctor kate mgkin awal lg,lepas tu doctor cek air kencing,dan result weekly positive,doctor mintak dtg sebulan dr tarikh tu untuk repeat scan…ada x yg sme mcm saya?ok x?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi anda. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Ketidakseimbangan hormon
- Tekanan emosi dan stres
- Berat badan: berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid seseorang
- Penggunaan perancangan keluarga (pil, implan, suntikan atau IUCD)
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Sukar ingin kami katakan sama ada anda mengandung disebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan keputusan kit ujian kehamilan boleh memberikan keputusan false positive.
Anda digalakkan untuk datang semula ke temu janji pada tarikh yang diberikan oleh doktor kepada anda untuk mendapatkan pengesahan.
Terdapat beberapa sebab mengapa kit ujian kehamilan boleh menjadi positif:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kandungan anggur
- Penggunaan ubat kadang kala boleh mengubah kandungan hormon di dalam badan
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Pemeriksaan yang lebih teliti dari doktor haruslah dibuat supaya diagnosis dan puncanya dapat diketahui. Sekiranya rawatan diperlukan, ia akan diberikan kepada anda berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.