
Sulit
3 tahun
Wellmex atomic enema
Saya berumur 20 tahun dan mempunyai penyakit thalasemia sejak berusia 2 tahun, kencing manis (2019), dan cauda equina sindrom (2017), akibatnya saya lumpuh dari pinggang ke bawah, sukar untuk membuang air kecil dan air besar. Saya menggunakan wellmex atomic enema (ubat untuk membuang berak masukkan ke du*ur) selang sehari sekali untuk membuang air besar. Soalan saya apakah kesan jangka panjang ubat ini jika kerap menggunakannya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sebabnya anda mengalami cauda equina sindrom, ubat ini dapat membantu pergerakan usus anda serta senangkan anda buang air besar. Biasanya ubat ini tidak digalak guna berpanjang untuk orang sembelit biasa, sebab mungkinnya ia akan menyebabkan cirit-birit, penyahhidratan dan sakit dubur.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.