
Sulit
5 tahun
White blood cell tinggi
saya wanita berusia 21 tahun… mengalami demam on and off lebih kurang 2 minggu… saya telah ke klinik untuk membuat blood test dan Dr telah mendapati bahawa White Blood Cell saya tinggi (16.33)
saya telah di bekalkan dengan antibiotic untuk 5 hari…
soalan saya, perlukah saya risau mengenai hal ini? adakah ia mempunyai kaitan dengan penyakit2 lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda sel darah putih akan meningkat apabila badan mengalami jangkitan kuman. Sel darah putih berfungsi untuk membunuh kuman tersebut. Perkara ini adalah biasa dalam suatu jangkitan kuman. Anda disarankan agar meneruskan peengambilan antibiotik seperti diarahkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.