alialip76
3 tahun
Www.DoctorOnCall.com.my postinor
Salam… Saya dan isteri ada melakukan hbgan pada 14/12/2019… Dan saya sempat menarik keluar dan trpancut di bhagian luar faraj isteri… Dan isteri trus ke blik air dan membersihkan nya… Untk pgethuan dktor, kami mash merncg untk tidak mahu zuriat buat masa skrg… Jadi lbih kurg selpas 7jam kami bersama, sy trus beri isteri makan sbji postinor dan sbji lg slpas 12 jam pil pertama di ambil krana kami tidak ada ambil apa2 perlndgan semasa bersama dan sy khuatir jika ada sedikit air mani yg termasuk ke dlm faraj… Jd doktor, adakah isteri sy bole hamil?? Dan untk pngethuan dktor juga… Last isteri kluar haid pd 27/11/2019 dan haid sterusnya pd 29/12/2019.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Informasi dengan lebih lanjut tentang pil perancang kecemasan boleh didapati di bawah.
Pil perancang kecemasan tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih