
Sulit
4 tahun
Xda selera makan.dan xda rasa nak buang air besar
Hi doc… Saya nak tanya… sy xda rasa nak makan…makan pon sy paksa takut lapar… Pastu macam xrasa nak berak la… Agak merunsingkan sy…berat badan pon turun banyak gak dah…dlm 5 kilo. Smalam amik injection … Xtau jadi x

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah tiada selera makan boleh disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah metabolik
- Masalah pada hati (liver disease)
- Hypotiroid
- Penyakit buah pinggang kronik
- Kegagalan jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.