
Sulit
4 tahun
Zakar anak bengkak dan bernanah
anak saya berumur 3 tahun 2 bulan. beberapa hari sebelum anak mengadu sakit bila nak kencing. pada 31 mac, zakar mula membengkak pada waktu pagi dan semakin besar. tengah hari saya bawa ke klinik, doktor kata ada infection sebab lebihan kulit zakar dia agak panjang, mungkin ada kencing yg terperangkap di bahagian zakar, xkeluar habis. selalunya budak start bengkak di bahagian hujung zakar, tapi anak saya start di bahagian tengah ke atas. sebab tu dia kesakitan kata doktor. doktor bagi ubat antibiotik, ubat untuk bengkak dan ubat sapu. hari ini, 1/4 zakar anak makin membengkak.kemudian pada waktu petang ketika menukar pampers, ada banyak nanah yang berbau busuk di pampers anak saya. pampers dia juga agak kering(pampers dipakai dari tengah hari). anak saya kata dia xdapat kencing. anak masih aktif bergerak cuma dia berjalan agak terkangkang2. perlukah saya ke klinik lagi atau hanya perlu habiskan ubat yang diberikan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar bengkak yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan zakar - pada seluar dalam atau kain seluar
- Gigitan serangga
- Trauma pada zakar
- Jangkitan kulit (cellulitis)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.