Sulit
5 tahun
Zakar benanah Gonorrhoea
Assalamualikum doktor, macam mana saya nak mengatasi penyakit zakar benanah yang itu Gonorrhoea Dan ingin ubat untuk merawatnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumsalam. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jankitan gonore adalah disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhea. Untuk rawatan gonore, suntikan antibiotik (biasanya di bahagian punggung atau paha) diikuti oleh 1 tablet antibiotik diberikan. Lazimnya ubat suntikan yang diberikan adalah Ceftriaxone 500 mg (satu dos) dan tablet Azithromycin 1g sekali.
Untuk mengelakkan jangkitan semula atau menjangkiti orang lain elakkan hubungan seks sebelum rawatan habis dan disarankan untuk tidak melakukan hubungan seks selama 7 hari selepas rawatan tamat. Untuk pengetahuan, anda boleh terkena jangkitan ini lagi di masa hadapan walaupun sudah sembuh sepenuhnya jika anda melakukan hubungan seks dengan orang yang menghidapi gonore.
Jawapan ini merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.



































