
Sulit
4 tahun
Zakar bengkok sedikit kebawah dan sedikit ke kiri
Saya punya masalah zakar bengok sedikit ke bawah dan kekiri. Bolehkan saya menggunakan pemanjang zakar untuk membaikinya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda kemaluan bengkok boleh disebabkan beberapa faktor seperti
- variasi normal bagi zakar
- keturunan (genetik)
- penyakit tisu penghubung (connective tissue)
Melalui pandangan perubatan, masih tidak ada kajian menyeluruh berkenaan dengan keberkesanan pengunaan pemanjang zakar ataupun penile extender. Ia juga dikhuatiri akan menyebabkan banyak impliksi negatif. Sebagai contoh:
- Lebam
- Darah beku
- Trauma
- Melecet
Oleht itu, anda tidak disarankan mengunakan peralatan ini kecuali atas arahan pihak kesihatan dan di bawah pemantauan mereka. Kami sarankan agar anda melakukan pemeriksaan bagi mengetahui punca permasalahan ini.
Bagi mengatasi permasalahan ini dengan lebih fokus, kami memerlukan beberapa maklumat tambahan dari anda untuk mencari punca kepada masalah iniu. Anda boleh mengubungi (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat secara privasi serta rawatan bersesuaian.