Sulit
5 tahun
Zakar berasa seperti ada benda keluar
Saya seorang lelaki berumur 21 tahun mengalami masalah seringkali berasa ada benda keluar dari zakar saya dan apabila disemak tidak ada apa-apa .saya pula bimbang ada benda keluar air mani ,kencing atau air mazi Dan macam mana nak bezakan
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Cecair tersebut boleh jadi nanah, air mazi atau air mani.
Nanah berwarna kekuningan, ditemani dengan gejala sakit/pedih sewaktu membuang air kecil. Manakala air mani berwarna putih kelabu.
Kebiasaannya, cecair ialah cecair zakar bernanah dan boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia/trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seksual bersama isteri tanpa perlindungan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































